Mohammad Hilman Yong Abdullah

Semakin hampir tarikh majlis perkahwinan, semakin mudah hatiku tersentuh. Air mata pula senang je mengalir dari tubir mata. Bagaikan sebuah empangan yang pecah. Mengalirnya deras tanpa henti yang akan mengakibatkan banjir.

Mendengar luahan hatimu aku tersentuh, inginku dengar rintihan hatimu, inginku dakap untuk menenangmu, inginku sentiasa disampingmu agar kau tak terasa sendirian.

Hilman, kau tak sendiri di sini. Intan, tabahlah menghadapi ujian dan cubaan dari-Nya. Semoga cinta suci itu milik kalian.

*****

Kak Melur, dari episode 51 kalau tak silap air mata saya ni asyik meleleh je. Teringat nama Hilman Yong cukup membuat air mata mengalir laju. Tisu pun habis berkotak-kotak dah (hiperbola).

Tapi serius, memang mengalir air mata. Saat menaip ni pun masih mencurah-curah lagi air mata macam hujan.

Thank dan tahniah Kak Melur sebab berjaya buat cerita yang cukup menyentuh perasaan dan banyak pengajaran yang ditinggalkan.

 

Related Entry: Awak suka saya tak? (ASST) by Melur Jelita

 

 

*Conform pergi kerja esok dengan mata yang membengkak sebab air mata ni tak nak berhenti mengalir. Teringat nama Hilman saja cukup membuatkan ianya mengalir.

9 comments

  1. M alisa says:

    2 minggu lepas pinjam buku .ni dari kakak. Tak sangka Jalan cerita nya cukup menghibakan Dan membuat pembaca menangis . Bila suami tanya ceritanya mcm mn ,saya jawab lain dari yang lain. Berbeza dgn buku yg
    Pernah saya baca . Thump up kepada penulis ..

Leave a Reply

CommentLuv badge