diary zahidah wahid Rotating Header Image

Dream High

pinjam dari korean drama

Baru selesai menonton drama Korea Dream High. Sebuah drama yang berkisarkan tentang impian.

Berkonsepkan sebuah sekolah yang melahirkan bintang terkenal. Mengisahkan enam orang pelajar yang berusaha untuk mencapai impian mereka.

Pengajaran dari drama ini:

Binalah satu impian dan berusaha untuk mencapainya agar ia menjadi realiti dan bukan hanya angan-angan semata-semata.

Bersaing secara sihat untuk mencapai cita-cita tetapi jangan menggunakan cara yang salah kerana matlamat tidak menghalalkan cara.

Kawan-kawan juga penting dalam kehidupan kita. Jadi perlu ada semangat setia kawan. Kadang-kadang ada perkara yang tidak dapat dikongsikan bersama ahli keluarga, jadi kita memerlukan kawan untuk berkongsi. Jangan hidup seperti kera sumbang.

Hargai kawan-kawan yang ada. Carilah kawan yang sejati kerana kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar ditemui.

Jangan berputus asa, kerana gagal sekali tidak akan bermakna kita akan gagal untuk selama-lamanya.

Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin dan hargai setiap detik kehidupan yang dilalui. Jadikan ianya sesuatu kenangan yang abadi kerana kenangan itu sesuatu yang kita cipta.

Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan. Tetapi janganlah memandang rendah terhadap orang lain disebabkan oleh kekurangan mereka.

Belajar perbaiki diri dan kekurangan yang ada, terima hakikat kita tidak sempurna. Gunakan kelebihan yang ada dengan sebaiknya.

 

Re-publish dari entry Everything For You: Dream High
March 2011

15 Comments

  1. bestnya..igt nak tgk balik jgk..tp kena download skali lg sebab insiden 1bln lps….

    1. zahidahwahid says:

      layan drama baru lah…city hunter dah tengok belum? deabak!!! heartstring pun best jugak….tengah layan heartstring sekarang ni….hehehehe

  2. skang tgh tgk city hunter ah..ep 13..heatstring pun tggu diorang upload eps baru..best..scent of a woman best gak…haha

    1. zahidahwahid says:

      city hunter memang deabak lah….rasa nak tengok lagi….love kim na na n lee yun sung….heehehhe….tengah layan heartstring ep 7 sekarang ni…sambil2 tu nak layan myung wol the spy jugak….hehehehe
      zahidahwahid recently posted..We got married: Sweet Potato Couple

      1. myung wol the spy bkn ada prob ke skang..klau cite tu x brsmbung xnak tgk ah dri awl..stgi frust je cite trgantung

        1. zahidahwahid says:

          haah…dengar memang ada problem….tapi dah tertengok kat tv hari tu….nampak macam best….diaorang kata nak tukar pelakon perempun tu…..tak taulah sapa yang ganti….kalau park min young best jugak…hehehehehe

          1. nanti tgk gak kut ite tu..skang tgh hbiskan download baby faced beauty..nak tgk yang tu dulu..city hunter baru habis tgk td..mmg best…

          2. zahidahwahid says:

            bestkan city hunter….chinca deabak!! best drama for 2011 lah….kim na na cute….lee yun seong handsome…..hehehehe…nomu nomu chua…

  3. tp yg last skali tu x phm la..lee yun seong blah sorang2 ke?
    crazyhorsea29 recently posted..City Hunter

    1. zahidahwahid says:

      tak ingat lah….ignore kan saja ending dia…hehehehe
      zahidahwahid recently posted..Maknea Rebellion

      1. hum..ignore je..brenti smpai part jin pyo kena tembak pun ok…skang tgk baby faced..awl2 agak boring gak..tringat jang na ra masa bright girl dgn loghat dia…kacau skit msa tgk baby faced..
        crazyhorsea29 recently posted..City Hunter

        1. zahidahwahid says:

          baby face mula2 memang agak boring…tapi ada sorang budak kecik tu…comel…kekekeke

          1. oh..yg tu..yg cakap antara girlfriend ayah dia, team leader plg teruk..haha..

  4. zahidahwahid says:

    haah….budak kecik tu la….anak director tu…..heehhehe
    zahidahwahid recently posted..Maknea Rebellion

  5. baby says:

    dream high ni sy dh tgk lerr..hehee..
    best sgt kn ! tarian burung arr..ular arr..

    hhee..tp..dream high dua lom agii..lg besy kew ek??
    baby recently posted..Contest My Top Referral by Amira Studio

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge