Berapa lama entry ni terperap kat dalam draf? Asyik terlupa je nak update detail dia. Sekali kawan tanya pasal vacation ke Jakarta sebab dia nak pergi sana bulan April ni. Baru terhegeh-hegeh nak buat.
Detail harga dulu aku ada catat, tapi dah lama sangat hilang entah ke mana-mana segala resit tu. So, tak dapat nak share detail sangat segala cost.
Yang pasti total perbelanjaan pergi sana rasanya kurang RM1000. Sekali dengan makan, tempat tinggal, pengangkutan dan shopping. Lagipun aku tak banyak sangat beli barang.
Tiket flight pergi dan balik RM150. Kitaorang pergi grouping, jadi guna passport group. Kalau tak silap harga passport tu RM250. Kitaorang share 5 orang, mean sorang bayar RM50 je.
Aku tak tahu yang diaorang buat backpacking. Aku siap bawa luggage and pakai high heel. Seriously sangat menyiksakan. Sampai je di Jakarta aku terus cari kasut dan backpack.
Kalau nak pergi ke Indonesia, especially Bali jangan pergi dalam bulan Ogos. Sebab sangat susah untuk mencari penginapan. Seriously, pelancong memang ramai. Or maybe time tu kebetulan jugak diaorang Summer Holiday kot.
Pengankutan most of the time kitaorang ambik bas, just dari airport – bandar kitaorang ambik teksi. Tapi untuk jalan-jalan di Bandung dan destinasi yang dekat-dekat kitaorang guna angkut-angkut. Train pun ambik yang class economy.
Don’t expect train tu selesa, especially dari Jakarta ke Jogja. Sangat-sangat padat macam iklan milo fuse. Dia akan masukkan seberapa banyak yang boleh. Kalau nak selesa ambik business class punya train.
Tapi start dari Jogja ke Banyuwangi orang memang kurang dalam train. So at least sorang boleh duduk baring at satu kerusi.
Kalau ada orang tiba-tiba datang nyanyi or cuci tempat or sapu sampah then dia hulur tangan or plastic nak minta duit, korang just geleng kepala or tunjuk isyarat tangan gaya macam nak bagitahu ‘talked to the hand‘. Kalau senyap je, dia akan tunggu kat situ sampai korang bagi duit.
Kalau nak shopping, kena sentiasa buat tawar-menawar. Tapi kalau shopping kat shopping complex tak boleh la.
Tentatif perjalanan kitaorang:
13 ogos 2009 – Flight ke jakarta jam 10.00pm waktu Malaysia. Sampai di Jakarta jam 11.00pm waktu Indonesia Barat (WIB), bermalam di surau Airport Jakarta
14 ogos – Jam 5.00am WIB gerak ke Tanah Abang, jalan-jalan di Monaz, bermalam di Tanah Abang
15 ogos – Jalan-jalan di Taman Mini, 7.30pm WIB ambik train ke Jogja, bermalam di dalam train
16 ogos – Terlepas satu stesyen Jogja coz semua tertido dalam train, terus ambik train nak ke Bali, sehari semalam dalam train. Singgah kat stesyen Surabaya sebelum ke stesyen Bayuwangi
17 ogos – 12.00pm WIB sampai kat stesyen Bayuwangi, 6.00am waktu Malaysia sampai di Bali. Sewa keta jalan-jalan dan cari hotel, shopping di Pasar Sukawati. Bermalam di Bali
18 ogos – Jalan di pantai, 10.00pm waktu Malaysia ambik bus ke stesyen train balik ke Jogja nak ke Bandung
19 ogos – 10.00pm WIB sampai di Jogja, 1.30am WIB ambik bus ke Bandung
20 ogos – 3.00pm WIB sampai di Bandung, bermalam di Bandung
21 ogos – Shopping di Bandar Baru, 5.00pm WIB ambik bus balik ke Jakarta, 9.00pm WIB sampai ke Jakarta, bermalam di Tanah Abang
22 ogos – Shopping di Tanah Abang, 2.00pm WIB jalan2 kat Blok M, 5.00pm WIB ambik teksi ke airport, 6.55pm WIB flight balik ke Malaysia, sampai ke Malaysia jam 9.30pm























Info yang berguna.. Kmk lom pernah jejak kaki ke Indon juak… Mun da rezki mok kmk g sia kelak..
Gaban recently posted..Pimp Your Ride
amin…wish u can be there one day….
zahidahwahid recently posted..Book Shopping
thanks for share!
Thanxz Nazurah,
skali ku nanya bru kwu post?? ahhaaha, kdak berik arahan pulak ku asa..
kwu pun trip most of d time ‘menua d jalan’ eh.. hahha. but, ku pun dh expect nang byk gila msa abes rah transpot eh.. hopefully mmber2 ku ya larat lh.. hahhaa
ney, thanx for sharing(^^,)
hahaha… ilek la… mala lupa mok edit detail…kekeke…mun sik ada orang tanyak entah bila mok keluar entry tok ka…. hope enjoy ur travel…
zahidahwahid recently posted..Book Shopping
wah…. best na juak… teringin sa mok agk indon juak…