La Tahzan! Tak sangka sebenarnya buku yang aku beli ni La Tahzan rupanya. Aku just baca tajuk ‘Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia‘. Tak terperasan pulak ada ‘Jangan Bersedih‘ dekat atas tajuk tu.
This book memang sesuai untuk wanita. Dibahagikan kepada 13 bahagian yang diberi nama mengikut perhiasan wanita antaranya Emas, Kalung, Permata, Mutiara, Berlian, Intan, Yaqut, Nilam, Cincin, Zamrud, Manikam, Intan dan Kristal. Dalam setiap bahagian dipecahkan lagi kepada 10 kisah. Ringkas, padat dan mudah difahami.
Wahai manusia yang paling bahagia
kerana agama dan etika, meskipun tanpa permata,
kalung dan emas yang menghiasinya
melainkan berkat tasbih yang selalu dibacanya
bagaikan berita gembira, bagaikan hujan,
bagaikan fajar, bagaikan sinar dan bagaikan awan
dalam sujud, dalam doa,
dalam sikap merasa dalam pengawasan Allah,
dalam pemikiran yang bersumberkan dari cahaya Lauh
dan kitab-kitab yang juga dipesankan
oleh cahaya wahyu yang diturunkan di gua
yang darinya Rasul Tuhanmu
dapat menguasai bangsa Romania dan bangsa Arab
engkau adalah manusia yang paling bahagia di dunia
berkat keyakinan yang ada
dalam kalbumu yang suci
lagi penuh dengan ketaatan














bgusnye awk bli buku nie..
rs nye tiap umah muslim kne ade buku nie wat bc utk pringatan..
Nisa Greennnpanda recently posted..I’m back again~..hopefully long enough!
buku ni bagus untuk motivasi….. bacalah…
zahidahwahid recently posted..Top Commentator: January 2013