Travel

Tiket AirAsia Kuching-Johor Bahru serendah RM23.32!

Sejak balik dari Johor tahun lepas, aku langsung tak ada ke mana-mana (I mean by flight). Bercuti ada, cuma hanya di sekitar Kuching. Dalam bulan Februari kalau tak silap, AirAsia buat promosi. Saja godek-godek, mana tahu ada tiket murah. Dan tak sangka tiket Kuching ke Johor Bahru hanya RM23.32! Izzah terlewat beberapa minit, tiket flight dia RM82.78.

Yang penting, tiket flight dah siap beli. Nak pergi mana, lepas tu baru fikir. Since Izzah memang dah simpan lama cita-cita nak ke Singapura so, tujuan utama travel ni adalah untuk ke Singapura. Bulan April 2015, kitaorang memang bercadang nak ke Singapura. Tapi masa tu site tengah sibuk, so kitaorang jalan-jalan di Johor Bahru sahaja.

Ini merupakan trip pertama aku ke luar negara. Dulu pernah ke Indonesia (2009), tapi memang semata-mata mengikut member. Agak nervous juga nak plan. Nasib baik ada member yang dah pernah pergi. So, memang banyak bertanya dengan diaorang. Aku dengan Izzah, sorang di timur sorang di barat. Bincang untuk travel ni guna whatsapp je. Kitaorang jumpa sekali, seminggu sebelum fly. Itu pun untuk finalised hotel.

Planning asal kitaorang akan masuk ke Singapura pagi Isnin, terus ke USS dan balik ke Johor semula pada hari yang sama. Tapi member advise untuk bermalam di Singapura at least semalam sebab kena pergi awal ke USS dan memang akan habiskan satu hari di sana.

Since kitaorang jumpa homestay murah di Singapura, so plan bertukar lagi. Kitaorang stay 1 malam di Johor dan 2 malam Singapura. Kitaorang masuk Singapura petang Ahad, keluar petang Selasa. So, hari Ahad kitaorang berjalan-jalan di Johor Bahru sahaja menaiki ‘mini cooper biru.
.
.
.
4D3N Johor Bahru – Singapura:
1. Itinerary dan bajet
2. Tiket AirAsia Kuching-Johor Bahru serendah RM23.32!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *